Junior MasterChef Australia


Junior MasterChef Australia adalah sebuah rancangan pertandingan memasak dari negara Australia. Ini adalah terbitan pecahan dari MasterChef Australia , yang juga merupakan adaptasi dari Inggeris iaitu Masterchef (UK). Peserta MasterChef bagi edisi ini terdiri daripada kanak-kanak berusia 8 hingga 13 tahun. Siri ini bermula dengan melibatkan 50 peserta lalu ditapis. Gary Mehigan, George Calombaris dan Matt Preston kembali bersama juri baru, Anna Gare. Matt Moran pula muncul pada musim kedua bagi menggantikan Matt Preston. Callum Hann juga telah terlibat dalam siri ini. Berbeza dengan siri sebelumnya, Junior MasterChef Australia dihasilkan oleh Shine Australia. Promo itu dapat dilihat semasa episod akhir MasterChef Australia (Musim 2).